1.0 Pendahuluan
Pedagang-pedagang profesional mengutamakan penggunaan Fibonacci
'Retracement Level' (Paras-paras kebalikan) & Fibonacci 'Extension
Levels' sebagai panduan untuk anggaran kenaikan, penurunan,
kebalikan pergerakan paras harga pada carta dagangan forex.
Dengan itu mereka mewajibkan diri mereka menggunakan Fibonacci
setiap kali untuk berdagang, sebagai salah satu alat untuk membaca
pergerakan harga dan dalam masa yang sama menggurangkan risiko
kesilapan membuka posisi harga (order) samada ketika julat (trend)
harga menaik atau menurun dan menentukan kebalikan paras harga
(reverse/retrace) samada ketika paras harga naik atau turun. Dengan kata
lain, Fibonacci 'Retracement Levels' adalah anggaran pergerakan
paras-paras harga dan kebalikannya diparas-paras tertentu yang
mungkin terbentuk berdasarkan pola pergerakan harga yang telah terbentuk
sebelumnya.
1.1 Dua Bentuk Fibonacci
1. Fibonacci Retracement Levels
2. Fibonacci Expansion Levels
Nota:
Kepada anda yang baru menceburi bidang dagangan forex, anda disarankan untuk
membiasakan diri dengan istilah-istilah forex dalam Bahasa Inggeris. Usaha untuk
menterjemahkan istilah-istilah tersebut ke Bahasa Melayu adalah tidak perlu kerana
Paras-paras Fibonacci (retracement Levels) adalah:
0.382, 0.500, 0.618 - tiga paras paling utama.
Fibonacci Retracement adalah digunakan sebagai paras 'Support' dan 'Resistance'
Support - paras Harga Terendah
Resistance - paras Harga Tertinggi
1.1.2 Fibonacci Expansion Levels
Paras-paras utama Fibonacci Expansion adalah:
0.618, 1.000 dan 1.618
Fibonacci Expansion Levels digunakan sebagai paras mengambil untung (Target Profit).
2.0 Bagaimana Menggunakan dan Menterjemahkan Fibonacci?
Apa yang akan diperbincangkan seterusnya adalah bagaimana mengaplikasikan Fibonacci
dan menterjemahkan bacaan paras-paras Fibonacci di carta dagangan forex.
Langkah-langkah berikut perlu dilakukan sebelum meletakkan Fibonacci pada carta dagangan:
1. Perhatikan dengan teliti carta dagangan, apakah ianya menggambarkan arah aliran harga
Menaik (Uptrend) atau Menurun (Downtrend)?
2. Pastikan titik/point tertinggi (Highest Swing) dan titik/point terendah (Lowest Swing) pada
carta yang telah terbentuk - dilebelkan point-point itu sebagai A dan B.
Untuk menjelaskan langkah-langkah di atas, perhatikan contoh carta di bawah:
#1: Pasangan Matawang EURUSD, Selamasa (Time Frame) 1 jam (H1) pada tarikh 12 Ogos, 2011
#2.
i. Menentukan pergerakan - Arah Menaik (Uptrend) atau Menurun (Downtrend) ? Sekali imbas,
keadaan arah aliran pergerakan harga adalah menaik. Cari 2 point paling rendah pada carta.....
pertama, lebelkan sebagai titi 'x' dan kedua sebagai titik 'A'
ii. Tarikh Garisan Trend (Trendline) dari titik 'x' ke titik 'A'
Cara menarik Trendline:
#3.
iii. Telah dikenalpasti arah aliran adalah Uptrend, point terendah (Lowest Swing)
adalah point 'A' dan point tertinggi (Highest Swing) adalah point 'B' (#2)
Cara menarik Fibonacc Retracement pada carta:
Klik butang :
Halakan pada point 'A' dan klik (jangan lepas) kemudian tarik(drag) ke point 'B'.....maka
terbentuklah Fibonacci Retracement Levels pada carta anda:
#4
- 0.0 adalah paras Resistance tertinggi.
- 161.8 adalah paras Support Terendah.
- 23.6; 38.2......61.6 adalah paras 'retracement' (paras harga boleh berubah hala)
2.1 Pola Pergerakan Harmoni
Pola pergerakan harga adalah dalam bentuk harmoni(ziz-zag), iaitu naik turun dan biasanya
perubahan pergerkan berlaku pada Fibonacci Retracement Levels .
Contoh-contoh aliran pergerakan berubah arah pada paras-paras Fibonacci Retracement yang
kebiasaannya berlaku adalah seperti contoh carta di bawah:
#5.
Kesimpulan:
Perumpamaan penggunaan Fibonacci Retracement Levels ini adalah sebagai kompas
yang menunjukkan halatuju arah aliran pergerakan harga, dan biasanya dengan kerap berlaku
pada paras-paras tersebut. Dengan itu, seorang pedagang dapat mengenalpasti zon dagangan
dan boleh membuat anggaran paras harga untuk membuka posisi (samada 'buy' atau'sell') dan
dapat pula menganggarkan paras untuk mengambil untung (Target Profit). Dengan itu Fibonacci
Retracement adalah sangat berguna kepada seorang pedagang forex.
Sedikit Informasi Sejarah Fibonacci..... saksikan:
NISBAH EMAS (THE GOLDEN MEAN) : 1.618
2.2 Fibonacci Expansion (Garisan ABC) Pada Carta
Sebagai tambahan pada Fibonacci Retracement, pedagang-pedagang Forex selalunya meletakkan Fibonacci Expansion pada carta untuk mendapatkan paras pengambilan untung. Sila lihat contoh dibawah cara untuk aplikasi Fibonacci Expansion (FE) pada carta dagangan anda...........
Garisan Fibonacci Expansion (FE) adalah dalam bentuk garisan ABC seperti berikut:
#6.
Merujuk pada carta di atas, telah dikenalpasti, telah terbentu garisan ABC terbaru, dan candle terakhir terbentuk
pada 12/8/11 jam 23:00 (Jumaat). Dijangkakan pergerakan akan terus naik apabila sesi dagangan dibuka pada
15/8/11 (Isnin) - Sesi Dagngan New Zealan, Australia dan Jepun seawal pagi jam 04:00 . Dengan itu, langkah
pertama yang perlu dilakukan adalah - plot (tarik) Fibonacci Retracement dari Titik B ke C dan seterusnya tarik
Fibonacci Expansion di Titik A, B dan C.
#7
Cara plot Fibo Expansion:
1. Klik 'Insert' > 'Fibonacci' > 'Expansion'....klik pada mana-mana bahagian carta & tarik (drag) sedikit..
2. Klik Titik 'y' dan tarik ke Titik 'B'; Klik Titik 'x' dan tarik ke Titik 'A'; klik Titik 'z' dan tarik ke
Titik 'C'
sebagai persediaan sebelum sesi dagangan dibuka semula, paras kenaikan harga, paras-paras
ubah hala (retracements) dan paras-paras jangkaan pengambilan untung (FE 61.8 & FE 100.0)
telah ditetapkan (jangkaan).
Walaubagaimana pun, kesemua yang dinyatakan adalah tidak semestinya tepat 100%.
Ianya adalah kebiasaan yang berlaku sebelum ini , dalam keadaan pergerakan harga
(turun/naik) yang normal tanpa pengaruh sentimen ekonomi dunia
Semoga apa yang diperbincangkan dalam artikel kali ini sedikit sebanyak dapat membantu
memberi kefahaman kepada anda yang baru untuk berjinak-jinak dalam bidang dagangan
matawang asing (Forex).
No comments:
Post a Comment